Stesen kereta api bawah tanah atau 'subway' bandar New York, yang ditutup sejak 17 tahun lalu pasca serangan 11 September, dibuka semula kepada umum pada Ahad.

Ia dinamakan semula sebagai stesen WTC Cortlandt.

Stesen ini dibina dengan kos 181.8 juta dolar.

Tarikh 11 September 2001 merupakan satu tarikh yang sukar dilupakan.

Ia detik signifikan yang menyaksikan perubahan geo politik dunia atas apa yang didakwa sebagai serangan pengganas.

Serangan berlaku di beberapa lokasi seperti World Trade Centre (WTC) dan Pentagon.

Stesen subway Jalan Cortlandt sebelum ini tertimbus ketika kejadian pada 2001 itu yang meruntuhkan menara berkembar WTC.

Pembinaan stesen baru itu telah ditangguhkan sehingga pembinaan semula menara di sekelilingnya berjalan lancar.