DUNIA
Selepas strawberi, jarum ditemui dalam epal di Australia

Foto dari laporan The Seven Network. Menurut laporan itu, wanita itu menemui objek tersebut ketika memotong epal untuk dihidangkan kepada anak-anaknya pada Selasa.
Seorang ibu di Sydney terkejut selepas menemui jarum tersembunyi di dalam epal yang dibelinya di sebuah pasar raya utama di negara itu.
Menurut agensi berita Xinhua, The Seven Network melaporkan wanita itu menemui objek tersebut ketika memotong epal untuk dihidangkan kepada anak-anaknya pada Selasa.
"Saya terkejut dan tidak percaya ia boleh berlaku.Tidak pada epal, sebelum ini pernah lihat berita jarum dalam strawberi, sejak itu saya lebih berwaspada, tetapi tidak sangka kini dalam epal pula," katanya.
Dengan kejadian sama yang melanda industri buah strawberi, insiden itu disifatkan sebagai 'serangan ke atas buah-buahan', menimbulkan kemarahan pengguna Australia dan pihak berkuasa serta pengeluar sedang berusaha mencari jawapan kepada kejadian itu.
Selain itu, polis Queensland turut mengesahkan terdapat objek logam ditemui di dalam pisang yang dibeli dari sebuah pasar raya.
Pada ketika negara itu masih berdepan isu strawberi, banyak pengeluar terpaksa membuang hasil pertanian, selepas negara seperti New Zealand melarang import ke atas buah tersebut. -- Bernama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami