awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang di Arab Saudi, dua di Vietnam disahkan dijangkiti koronavirus

Agensi
Agensi
23/01/2020
15:12 MYT
Seorang di Arab Saudi, dua di Vietnam disahkan dijangkiti koronavirus
Kes jangkitan koronavirus sebelum ini sudah dilaporkan di Thailand, Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Seorang jururawat India yang berkhidmat di sebuah hospital di Arab Saudi disahkan dijangkiti koronavirus, dalam perkembangan terkini penularan virus yang mencetus kekecohan di China.
Reuters melaporkan, pengesahan mengenai jururawat itu diumumkan Kementerian Luar India pada Khamis.
“Kira-kira 100 jururawat warga India yang kebanyakannya dari Kerala, bertugas di Hospital al-Hayat telah diuji. Seorang daripada mereka disahkan dijangkiri koronavirus, dan kini dirawat di Hospital Aseer dan sedang menjalani pemulihan,” ujar V. Muraleedharan menerusi akaun Twitter rasminya.
Pihak berkuasa Arab Saudi belum memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan.
Kerajaan Arab Saudi pada Rabu berkata kedatangan pelancong dari China akan disaring selain langkah berjaga-jaga tambahan diambil bagi membendung penularan virus yang berpunca dari kota Wuhan di China itu.
Sementara itu di Vietnam, Kementerian Kesihatan negara itu pada Khamis mengesahkan dua warga China didapati positif koronavirus, namun dalam ‘keadaan baik’.
Dua pesakit yang merupakan bapa dan anak lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 22 Januari lalu setelah menunjukkan simptom demam. Mereka kini menerima rawatan di Hospital Cho Ray di Ho Chi Minh City, ujar kenyataan dalam laman web rasmi kementerian itu.
Anak lelaki mangsa itu baru-baru ini kembali ke Vietnam dari Wuhan.
Virus tersebut boleh berpindah antara manusia ke manusia yang lain dan sebelum ini kes jangkitannya sudah dilaporkan di Thailand, Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan ramai tentang risiko jangkitan dalam rangkaian perjalanan udara antarabangsa.
BACA: Singapura sahkan kes pertama virus Wuhan
BACA: Ini lima perkara yang anda perlu tahu mengenai koronavirus
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#China
#Influenza
#jangkitan
#kesihatan
#koronavirus
#rawatan
#Vietnam
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan