awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi Ahli Parlimen Iran maut akibat COVID-19

Agensi
Agensi
07/03/2020
11:23 MYT
Seorang lagi Ahli Parlimen Iran maut akibat COVID-19
Fatemeh Rahbar, 55, merupakan salah seorang Ahli Parlimen konservatif yang dipilih bagi kawasan Tehran, baru-baru ini.
Selepas beberapa pegawai maut akibat penularan wabak COVID-19 di Iran, seorang lagi Ahli Parlimen negara itu meninggal dunia hari ini.
Agensi berira IRNA melaporkan, Fatemeh Rahbar, 55, merupakan salah seorang Ahli Parlimen konservatif yang dipilih bagi kawasan Tehran, baru-baru ini.
Beliau merupakan Ahli Parlimen kedua yang maut akibat COVID-19.
Sebelum ini, tujuh ahli politik dan pegawai kerajaan terkorban akibat wabak berkenaan yang melanda negara berkenaan sejak kes pertama dilapor berlaku pertengahan Februari lalu.
Rahbar mewakili parti konservatif meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum Februari lalu, yang mencatatkan bilangan terendah bilangan pengundi mengundi dalam sejarah republik itu.
Pemerintah negara itu juga sudah menutup sekolah dan universiti selain menghalang acara utama bagi sukan serta kebudayaan selain mengurangkan tempoh bekerja di seluruh negara itu bagi memperlahankan penularan yang kini merebak ke 31 wilayahnya.
Sementara itu, jumlah mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan apabila 10 kes baharu dilaporkan pada hari ini (Sabtu).
Kementerian Kesihatan mengesahkan 10 kes baharu itu sekali gus menjadikan kesemuanya 93 kes di Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes tersebut telah dikesan untuk rawatan selanjutnya, selain menambah, kontak-kontak rapat bagi kes berkenaan juga sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.
BACA: 10 kes baharu jangkitan COVID-19 di Malaysia
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Iran
#COVID19
#meninggal dunia
#Tehran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan