Polis Belanda mengesahkan seorang individu terkorban, manakala beberapa lagi cedera dalam satu insiden tembakan rambang di dalam tram, hari ini.

Susulan kejadian itu, polis anti-pengganas telah dihantar bagi mengepung dan menjejak suspek yang memulakan tembakan itu.


Selain itu, kesemua sekolah dan masjid telah diarahkan tutup ekoran timbul kebimbangan ia mempunyai kaitan terhadap kejadian tembakan ke dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas, yang hingga kini telah mengorbankan 50 orang.

BACA: Tembakan rambang di Utrecht, beberapa penumpang tram cedera