Berita  | Dunia

Seorang maut, lapan cedera serangan bunuh diri dekat masjid Syiah di Afghanistan

Seorang maut, lapan cedera serangan bunuh diri dekat masjid Syiah di Afghanistan
Keadaan di hadapan masjid syiah sejurus selepas letupan yang dilancar dua penyerang bunuh diri - Foto REUTERS
Herat: Sekurang-kurangnya seorang maut sementara lapan lagi dilaporkan cedera dalam serangan bunuh diri berhampiran sebuah masjid Syiah di Barat Herat, Afghanistan pada Ahad.

Daish dalam kenyataan menerusi agensi berita Amaq miliknya mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Aminullah Amin, dua lelaki cuba memasuki masjid berkenaan namun dihalang pengawal keselamatan.

Mereka kemudian bertindak meletupkan diri selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan.

Minggu lalu 30 orang maut dalam letupan di Kabul ketika pengikut Syiah meraikan perayaan Nawruz, tahun baharu Persia.