Wilayah selatan Rusia dilanda serangan belalang yang mengakibatkan kemusnahan ketara pada industrri pertanian tempatan.

Menurut pihak berkuasa wilayah, kemusnahan itu dianggarkan melebihi RM54.92 juta (AS$13 juta).

Keadaan darurat telah diisytiharkan di tujuh bahagian di Republik Kalmykia, menurut Kementerian Kecemasan Rusia.

Di wilayah Volgograd, serangan serangga tersebut adalah disebabkan musim kemarau yang teruk.



Bagi kebanyakan penduduk kampung, pertanian merupakan sumber pendapatan utama.

Dengan musim sejuk yang bakal menjelang, penduduk tempatan berdepan dengan risiko tinggi kehilangan mata pencarian mereka.

Bagaimanapun, pegawai tempatan memberi jaminan bahawa mereka mempunyai peralatan yang diperlukan untuk mengawal serangan itu.

Pada Julai lalu, suhu purata di dua wilayah di Rusia mencecah 42 darjah Celsius.