announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Serangan bersenjata di pusat pemulihan dadah, 24 orang disahkan maut

Serangan bersenjata di pusat pemulihan dadah, 24 orang disahkan maut
Suspek dikatakan telah melepaskan tembakan yang sekali gus menyaksikan 24 individu terbunuh. - Gambar REUTERS
IRAPUATO: Satu kejadian serangan bersenjata berlaku di sebuah pusat pemulihan dadah yang tidak berdaftar di bandar Irapuato, Mexico.

Suspek dikatakan telah melepaskan tembakan yang sekali gus menyaksikan 24 individu terbunuh.

Menurut pihak berkuasa, tujuh yang lain turut mengalami kecederaan dengan tiga daripada mereka dilaporkan dalam keadaan serius.

Motif kejadian sedang disiasat namun Gabenor Diego Sinhue Rodríguez Vallejo percaya, serangan tersebut ada kaitan dengan kartel dadah.

Ini merupakan salah satu serangan paling teruk di pusat pemulihan itu sejak 2010 apabila 19 orang terbunuh di bandar Chihuahua.



Tag: Mexico, dadah, Sinhue Rodr guez Vallejo, Chihuahua, pusat pemulihan dadah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.