Tutup

Berita  | Dunia

Serangan bom tangan di Ethiopia, ragut satu lagi nyawa - menteri

Serangan bom tangan di Ethiopia, ragut satu lagi nyawa - menteri
Setakat ini, 150 dilaporkan cedera dan dua terbunuh dalam insiden serangan bom tangan yang terjadi pada perhimpunan yang dihadiri Perdana Menteri Abiy Ahmed di Addis Ababa, Ethiopia, 23 Jun, 2018. REUTERS
ADDIS ABABA: Seorang lagi mangsa yang cedera dalam insiden serangan bom tangan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri Abiy Ahmed di ibu negara Ethiopia pada Sabtu, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Black Lion.

Kejadian itu menyebabkan 150 mangsa cedera dan setakat ini dua disahkan terbunuh.

Pada Ahad, polis berada di tempat kejadian bagi mengumpul bukti, kata pegawai.
Susulan kejadian itu, sembilan pegawai polis, termasuk ketua timbalan suruhanjaya polis Addis Ababa, ditahan yang menurut pihak berkuasa penahanan tersebut atas sebab keselamatan.

Enam suspek lain ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan, meskipun pihak berkuasa tidak mengatakan secara terbuka siapa yang mungkin bertanggungjawab.
Menteri Kesihatan Amir Aman menerusi twitternya yang dimuat naik pada 11 pagi Ahad menyatakan, dua orang terbunuh dan 156 lagi cedera, dengan lima daripadanya kritikal.

Serangan berlaku beberapa saat selepas Abiy menamatkan ucapannya di Meskel Square, Addis Ababa.

-- BERNAMA-NNN-AGENCIES