awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan bunuh diri di balai polis Indonesia, seorang pegawai cedera

AFP
AFP
05/07/2016
02:52 MYT
Serangan bunuh diri di balai polis Indonesia, seorang pegawai cedera
Balai polis yang diserang itu terletak di Solo, di pulau Jawa, Indonesia
Seorang pengebom bunuh diri bermotosikal menyerang sebuah balai polis di Solo, Indonesia pada Selasa, mengakibatkan seorang pegawai cedera, menurut seorang pegawai.
Penyerang itu merempuh masuk ke halaman balai itu yang terletak di sebuah bandar di pulau Jawa pada 7:35 pagi (0035 GMT), kata jurucakap pasukan polis Boy Rafli Amar.
"Dia berkeras mengatakan dia mahu ke kantin. Dia merempuh masuk menggunakan motosikal dan meletupkan dirinya," katanya kepada stesen televisyen Metro TV.
"Maklumat yang ada mengatakan, penyerang itu mati."
Menurut maklumat awal, seorang anggota polis tercedera, katanya.
Sementara itu, Presiden Joko Widodo menyeru rakyat kekal berjaga-jaga selepas serangan itu, yang berlaku pada hari terakhir bulan suci Islam Ramadan dan sehari sebelum Hari Raya.
“Kami gesa rakyat agar bertenang.. teruskan tumpuan kepada ibadat puasa dan jangan takut dengan tindakan keganasan seperti itu.
“Saya telah arahkan ketua polis memburu dan menangkap jaringan yang berkait dengan pengeboman bunuh diri ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Joko Widodo
#serangan bunuh diri
#Solo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan