Tiga pemimpin kanan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam satu serangan udara Amerika Syarikat pada 4 Disember lalu di Raqqa.

Dua daripada mereka terlibat dalam serangan keganasan di Paris pada 2015.

Perkara berkenaan disahkan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ashton Carter.

Mereka dikenali sebagai Salah Goumat, Sammy Djedou dan Walid Hamman.

Salah dan Sammy merupakan pemimpin yang rapat dengan ketua operasi Daish, Abu Mohammed Al Adnani yang terbunuh Ogos lalu.