Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Serbia Air mulakan penerbangan pertama selepas dua bulan gantung operasi

Serbia Air mulakan penerbangan pertama selepas dua bulan gantung operasi
Sepanjang penutupan operasi, hanya penerbangan kargo, perubatan dan penerbangan yang diatur untuk membawa pulang rakyat Serbia dari luar negara. - Reuters
BELGRADE: Syarikat penerbangan Serbia, Serbia Air, memulakan semula operasi penerbangan dari Belgrade menuju ke Zurich, Switzerland pada Khamis selepas pihak berkuasa melonggarkan sekatan perjalanan.

Menurut pihak berkuasa lapangan terbang, syarikat penerbangan itu perlu mengenakan peraturan yang ketat ke atas kesemua penumpang, termasuk mewajibkan pemakaian alat pelindung, penutup hidung dan mulut,  serta sarung tangan.
"Hari ini adalah hari yang hebat dan kami memang menantikan saat ini," kata Francois Berisot, Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Nikola Tesla, Belgrade pada Khamis.

Berisot berkata demikian selepas melihat penerbangan pertama Serbia Air disambung semula setelah hampir dua bulan dihentikan akibat virus COVID-19.

 
Dalam pada itu, pihak pengurusan lapangan terbang melahirkan rasa lega selepas dapat memulakan semula operasi selepas dua bulan digantung akibat COVID-19.

Sepanjang penutupan operasi, hanya penerbangan kargo, perubatan dan penerbangan yang diatur untuk membawa pulang rakyatnya dari luar negara.

Serbia yang berpopulasi 7 juta penduduk melaporkan 10,833 kes positif dengan 235 kematian.