Tutup

Berita  | Dunia

Serpihan dari pesawat menimpa kawasan perumahan

Serpihan dari pesawat menimpa kawasan perumahan
Penduduk menunjukkan serpihan dari pesawat yang jatuh di sekitar kejiranan mereka. -Foto Twitter @AeronewsRO
ROM: Beberapa rumah dan kereta mengalami kerosakan akibat terkena serpihan yang jatuh daripada sebuah pesawat Boeing 787 berhampiran lapangan terbang Fiumicino di Rom, Itali pada Sabtu.

Agensi berita Itali, Ansa melaporkan bahawa serpihan jatuh dari Boeing 787 yang beroperasi untuk syarikat penerbangan kos rendah Norway sejurus berlepas.
Rakaman menunjukkan penduduk tempatan menemukan serpihan pesawat tersebut yang turut menyebabkan kerosakan pada cermin kereta di kawasan Fiumicino.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Pesawat itu kembali ke lapangan terbang sejurus berlepas pada 4.30 petang waktu tempatan akibat masalah teknikal.

Kesemua 298 penumpang pesawat itu dilaporkan selamat.