Berita  |  Dunia

Serpihan dipercayai daripada pesawat Trigana Air ditemukan

Serpihan dipercayai daripada pesawat Trigana Air ditemukan
Sebuah pesawat SAR yang terlibat dengan pencarian kapal terbang Trigana Air yang hilang dilapor mengesan serpihan di lokasi carian. -Gambar fail
JAYAPURA: Sebuah pesawat SAR yang terlibat dengan pencarian kapal terbang Trigana Air yang hilang di pedalaman wilayah timur kepulauan Papua dilapor mengesan serpihan di lokasi carian.

"Awal pagi ini, sebuah pesawat yang mencerap laluan ternampak serpihan di kawasan berdekatan Oksibil, tetapi kami mahu pastikan dahulu sekarang," kata jurucakap Kementerian Pengangkutan J. A. Barata.
Pesawat yang membawa 54 orang pada Ahad dilapor hilang ketika dalam perjalanan ke Oksibil dari Jayapura.

Terdahulu, pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa penduduk kampung dilapor ternampak pesawat Trigana Air tersebut terhempas di kawasan pergunungan dalam cuaca buruk dan terjumpa serpihan.

Pesawat malang tersebut gagal dihubungi menara kawalan udara sejurus sebelum 3 petang waktu tempatan pada Ahad selepas berlepas dari Jayapura untuk penerbangan singkat.