awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sewa rahim untuk hidup mewah

Agensi
Agensi
14/02/2018
03:27 MYT
Sewa rahim untuk hidup mewah
Seorang wanita warga Ukraine sanggup sewakan rahim demi kehidupan yang lebih mewah dan selesa. -Gambar hiasan
Demi kehidupan yang lebih mewah dan selesa, seorang wanita warga Ukraine sanggup meminjamkan rahimnya kepada pasangan suami isteri yang sukar mendapatkan anak.
Kaedah ini dikenali sebagai surrogacy (ibu tumpang) iaitu apabila seorang wanita bersetuju melahirkan bayi melalui proses penampalan embrio di rahim kemudian diserahkan kepada orang lain selepas kelahiran.
Ana (bukan nama sebenar), 23, pernah bekerja di sebuah hotel di bandar kecil barat Ukraine selepas menamatkan zaman sekolahnya.
Ketika itu, pendapatan bulanan Ana hanyalah sekitar $200 (kira-kira RM790) berbanding kini mencecah 20,000 (RM78,784) sebulan sebagai ‘ibu tumpang’.
Sekalipun Ukraine adalah antara negara termiskin di Eropah, tetapi Ana tidak dikategorikan miskin kerana ibunya bekerja sebagai akauntan dan masih mampu menampung kos perbelanjaannya.
Pada 2016, Ana telah menandatangani kontrak dengan pasangan suami isteri dari Sovaline yang sukar mendapat anak dan itulah pengalaman pertamanya sebagai ibu tumpang.
Menurutnya, dia bernasib baik apabila semua prosedur berjalan lancar ketika menjalani proses penampalan embrio di rahimnya.
Sesetengah wanita yang ada masalah kesihatan sekiranya tidak diberi rawatan dengan baik akan mengalami komplikasi.
Pasangan asing kerap kali ke Ukraine untuk menggunakan perkhidmatan ibu tumpang sejak 2015 selepas satu persatu kawasan terkenal di Asia ditutup.
“Kita menerima ramai pasangan suami isteri yang sukar mendapatkan anak untuk menggunakan perkhidmatan ini,” ujar Ana.
Menurut undang-undang Ukraine, seorang wanita yang ingin menjadi ibu tumpang harus mempunyai anak kandung sendiri kerana untuk mengurangkan potensi ibu tumpang meminta anak yang baru dilahirkan itu.
“Permintaan khidmat ibu tumpang ini meningkat kira-kira hampir 1000 peratus sejak dua tahun lalu,” ujar Sam Everingham selaku pengasas Keluarga Melalui Surrogacy.
Topic Berkaitan
#18 tahun
#ANA
#eropah
#hiudp lebih mewah
#Ibu Tumpang
#Nepal
#surrogacy
#Thailand
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan