Ahli politik Austria dan calon Parti Rakyat (OVP), Sebastian Kurz, 31 tahun dijangka meraih kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu sekali gus meletakkan beliau sebagai pemimpin negara paling muda di dunia ketika ini.

Kurz berjaya menarik sokongan pengundi dengan idea segar dan tegas terutamanya berhubung polisi kumpulan pendatang, bakal melakar sejarah tersendiri selepas partinya mendahului selepas lebih 90 peratus undi selesai dikira pada Ahad malam.

Pemimpin muda yang lebih dikenali dengan nama timangan “Wunderwuzzi” atau “Wonderkid” berikrar untuk menghadkan bantuan buat kumpulan pendatang di Austria dan menghentikan campur tangan Kesatuan Eropah dalam urusan politik negara itu.

Pengumuman rasmi pemenang dijangka dibuat dalam tempoh seminggu.