EMMERSON Mnangagwa dilantik sebagai Presiden Zimbabwe selepas bekas presiden Robert Mugabe meletak jawatan.

Ini lima fakta mengenai Mnangagwa:
  1. Nama Mnangagwa disebut dengan cara sebutan UM-NAN-GA-GWA.
  2. Beliau dipecat oleh Mugabe kerana dituduh merancang mengambil alih jawatan presiden. Beliau kemudiannya melarikan diri pada 6 November.
  3. Beliau merupakan rakan sekutu bekas Presiden Mugabe selama kira-kira 50 tahun dari tempoh sebelum kemerdekaan Zimbabwe. Mnangagwa pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Keadilan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Namun, peranan yang paling berpengaruh adalah sebagai pengarah Organisasi Perisikan Pusat pada tahun 1980-an.
  4. Beliau digelar ‘The Crocodile’ kerana kekejamannnya sewaktu berkhidmat dibawah Mugabe. Menurut The Washington Post, gelaran itu diberikan kerana beliau hanya menyerang pada masa yang sesuai.
  5. Beliau pernah terlepas dari hukuman gantung kerana terlibat dengan pengeboman kereta api sewaktu menentang pemerintahan minoriti kulit putih pada tahun 1965. Disebabkan faktor umur di bawah 21 tahun, beliau dan Mugabe serta beberapa pejuang lain hanya dipenjarakan selama 10 tahun.