Lembaga Taman Nasional (NParks) Singapura akan memusnahkan sembilan tan gading gajah bernilai S$18 juta (RM55.07 juta) sempena memperingati sambutan Hari Gajah Sedunia, esok.
Gading berkenaan dirampas daripada pelbagai penghantaran sejak beberapa tahun lalu, demikian menurut NParks dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 21 Julai 2019, republik itu merampas sebanyak 8.8 tan atau 1,548 gading gajah mentah bernilai kira-kira $17.6 juta (RM54 juta) yang dibungkus di dalam 137 beg.
NParks, Kastam Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan merampas gading berkenaan dari sebuah kontena setinggi 40 kaki yang sedang dalam perjalanan dari Republik Demokratik Kongo ke Vietnam.
Ia dikatakan rampasan terbesar gading gajah di Singapura, setakat ini.
Menurut NParks, sembilan tan gading yang akan dimusnahkan menggunakan penghancur batu industri dan proses penghancuran akan disiarkan secara langsung di laman YouTube NParksSG.
NParks menguruskan lebih 350 taman, 3,347 hektar rizab alam termasuk Taman Botani Singapura, Taman Tasik Jurong, Pulau Ubin dan Taman Laut Sisters Islands.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 11 2020
Ini adalah rampasan terbesar gading gajah di Singapura, setakat ini. -Bernama
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Pesara kerajaan didakwa terlibat ubah wang haram
Md Nawi, yang juga bekas kerani sekolah, mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan.
Polis tumpas sindiket pemburu haram, rampas bangkai harimau belang, kumbang, gading RM500,000
Susulan penemuan itu, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan oleh pasukan serbuan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.
Siaran langsung 9,000 kg gading gajah RM55 juta dihancurkan esok di YouTube
Lembaga Taman Nasional (NParks) Singapura akan memusnahkan sembilan tan gading gajah bernilai S$18 juta (RM55.07 juta) sempena memperingati sambutan Hari Gajah Sedunia, esok.
Lelaki warga Indonesia mengaku salah miliki gading gajah
Hakim menetapkan 25 Februari depan bagi sebutan semula kes selepas tidak berpuas hati dengan tahap pemahaman Bahasa Melayu tertuduh.
Myanmar musnahkan gading, tanduk dan tulang hidupan liar bernilai lebih RM5 juta
Semua barangan rampasan itu dimusnahkan secara pembakaran, sebagai isyarat negara itu serius membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar.
Hong Kong haramkan penjualan gading gajah
Hong Kong meluluskan pindaan undang-undang untuk mengharamkan urusniaga jual beli gading gajah, tindakan tegas yang disifatkan satu talian hayat untuk haiwan berkenaan.
China musnahkan enam tan gading
Pelupusan gading bertujuan untuk mengikis imej negara berkenaan sebagai hab untuk perdagangan haram gading gajah Afrika.