SEJUMLAH 21 ekor singa dan harimau yang diselamatkan dari Guatemala berjaya dipindahkan ke santuari hidupan liar di Afrika Selatan selepas kumpulan pemuliharaan dan perlindungan haiwan berkata semua haiwan itu sudah bertahun-tahun tinggal dalam kurungan dan menerima layanan buruk.
Reuters melaporkan, sebuah pasukan daripada Animal Defenders International (ADI) sebelum itu berusaha menyelamatkan singa dan haiwan itu dari jagaan beberapa produksi sarkas di Guatemala.
Pihaknya mengambil masa selama 18 bulan bagi memujuk kerajaan Guatemala untuk akhirnya menguatkuasakan pengharaman penggunaan haiwan dalam sarkas pada tahun 2018.
Semua haiwan yang diselamatkan itu dalam keadaan yang menyedihkan, dengan ada antaranya dicabut kuku sepenuhnya untuk mengelakkan ia tumbuh kembali, atau gigi taringnya dipatahkan.
Singa dan harimau itu diberikan rawatan di pusat penjagaan ADI, sehingga semuanya bersedia untuk dipindahkan semula ke santuari haiwan.
"Ini merupakan operasi paling sukar kami pernah lalui. Kami sendiri menerima banyak ancaman, malah ancaman ke atas haiwan dan operasi ini. Kami benar-benar berjuang untuk semua ini,” ujar Presiden ADI, Jan Creamer.
Haiwan liar itu, menurut Creamer, dikurung dalam sangkar sempit dan tidak mendapat khasiat secukupnya. Ia hanya diberi makan kaki ayam dan membesar dengan tidak sihat.
KIni, semua haiwan itu semakin pulih sejak dilepaskan dalam santuari ADI di Afrika Selatan. Pertubuhan itu telahpun menjalankan operasi yang sama di Bolivia, Peru dan Colombia, dan berjaya menyelamatkan 200 haiwan.
Agensi
Wed Jan 22 2020
Singa dan harimau itu diberikan rawatan di pusat penjagaan ADI, sehingga semuanya bersedia untuk dipindahkan semula ke santuari haiwan. - Reuters
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Krisis politik Guatemala: Pendakwa raya rampas dokumen pilihan raya
Krisis politik di Guatemala semakin memuncak selepas pendakwa raya menyerbu tribunal pilihan raya negara itu untuk mendapatkan dokumen berkaitan pilihan raya presiden Ogos lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Musim tengkujuh di Guatemala ragut 32 nyawa
Terdapat kerosakan pada 30 sekolah, 242 jalan dan 31 jambatan, manakala kira-kira 472 kediaman berisiko musnah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arevalo menang pilihan raya presiden Guatemala
Bernardo Arevalo, memenangi pilihan raya presiden pusingan kedua di Guatemala, selepas kempen pilihan raya yang bergolak, lapor agensi berita Jerman (dpa).
14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Bekas Presiden Guatemala Perez Molina dijatuhi hukuman penjara 16 tahun
Otto Fernando Perez Molina didakwa atas tuduhan konspirasi jenayah dan penipuan kastam.
Sekurang-kurangnya seorang maut akibat gempa bumi di Guatemala
Gempa pada 1:12 pagi waktu tempatan itu direkodkan di luar pantai barat Escuintla di Lautan Pasifik pada kedalaman 36 kilometer.
Buruh kanak-kanak meningkat 8 juta sejak 2016 - FAO
Ini menjadikan jumlah buruh kanak-kanak di seluruh dunia mencecah 860 juta secara keseluruhannya.
Taufan Eta: Angka korban kini mencecah 57 orang
Organisasi bantuan kecemasan memberi amaran banjir dan tanah runtuh akan mengakibatkan bencana kemanusiaan di seluruh wilayah.