Singapura menggantung sementara semua penerbangan keluar masuk pesawat Boeing 737 Max dari lapangan terbang negara itu.

Penggantungan itu bermula hari ini bermula jam 2 petang.

Arahan itu susulan tragedi Ethiopian Airlines yang mengorbankan 157 nyawa pada Ahad.

Langkah itu dijangka menjejaskan beberapa penerbangan syarikat SilkAir yang menggunakan sejumlah besar model tersebut.

Selain SilkAir, syarikat penerbangan lain yang terjejas ialah China Southern Airlines, Garuda Indonesia, Shandong Airlines dan Thai Lion Air.

Setakat ini, lapan penerbangan telah menggantung penggunaan model 737 Max 8 termasuk China, Indonesia, Aeromexico, Cayman Airways, Comair, Aerolíneas Argentinas dan Singapura.

Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat enggan menggantung penggunaan model tersebut.

Sebaliknya, ia mengarahkan penerbangan di negara itu untuk memasang perisian tambahan sebelum akhir bulan depan.