Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Singapura sahkan dua lagi kes positif COVID-19

Singapura sahkan dua lagi kes positif COVID-19
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan dua lagi kes positif jangkitan COVID-19 di republik itu.
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan dua lagi kes positif jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 77.

Satu daripada kes itu melibatkan seorang kanak lelaki berusia setahun yang merupakan antara kumpulan rakyat Singapura yang dibawa pulang dari Wuhan pada 9 Feb, menurut MOH dalam satu kenyataan.

MOH berkata mangsa tidak menunjukkan sebarang gejala ketika menaiki pesawat dan telah dikuarantin sejurus mendarat di Singapura.

Dia kini ditempatkan di bilik isolasi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.
Sementara itu, kes lain membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 35 tahun tanpa sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.

Dia telah disahkan dijangkiti virus COVID-19 pagi ini dan ditempatkan di bilik isolasi di Pusat Kebangsaaan Penyakit Berjangkit, menurut kementerian itu.
Mangsa adalah kontak kes ke-50, yang merupakan seorang pekerja lelaki Bank DBS berusia 62 yang telah disahkan dijangkiti virus itu pada 12 Feb.

Sehingga kini, MOH berkata sejumlah 24 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan dibenarkan keluar dari hospital.

Kenyataan itu menyebut daripada 53 kes yang telah disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala empat berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Setakat tengah hari ini, MOH berkata 937 kes yang disyaki telah diuji negatif bagi COVID-19 manakala baki 103 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.

Pada masa sama, MOH telah mengenal pasti 2,358 kontak rapat yang telah dikuarantin dan daripada jumlah ini, 1,081 sedang dikuarantin manakala 1,277 telah selesai menjalani kuarantin mereka.

-- BERNAMA


Tag: COVID-19, Singapura, mangsa, kesihatan, Kementerian Kesihatan, China, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.