Singapura pada Ahad mengumumkan umur persaraan rakyat negara itu akan dinaikkan kepada 65 tahun.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata usia persaraan semasa iaitu 62 tahun akan dinaikkan kepada 63 tahun pada 2022 manakala usia persaraan 65 tahun hanya akan berkuat kuasa pada 2030.

Jelas Lee, perubahan usia persaraan itu bertujuan membantu pekerja veteran untuk terus menyumbang tenaga dan tidak terbeban dengan masalah kewangan.

"Semua perubahan ini -- untuk umur persaraan, umur semula pekerjaan, dan kadar CPF -- akan menyokong pekerja yang lebih tua untuk terus bekerja lebih lama dan membantu mereka menjadi lebih bebas dari segi kewangan," kata Hsien Loong.

Kali terakhir Singapura mengumumkan peningkatan usia persaraan adalah 20 tahun lalu.