Tutup

Berita  | Dunia

SNP tidak akan sokong perjanjian Brexit Johnson

SNP tidak akan sokong perjanjian Brexit Johnson
Nicola Sturgeon ketika berucap pada satu persidangan di Aberdeen, Scotland, 15 Okt, 2019. REUTERS/Gambar fail
LONDON: Pemimpin Parti Nasional Scotland (SNP), Nicola Sturgeon, menegaskan pihaknya tidak akan menyokong perjanjian Brexit yang dipersetujui.

Beliau mendakwa, perjanjian yang diumumkan pada Jumaat itu akan menyebabkan Scotland tersisih daripada pasaran tunggal Kesatuan Eropah (EU) tanpa kerelaan mereka.
"Ahli parlimen SNP akan mengundi menentang perjanjian itu esok (Sabtu). Ia perjanjian yang tidak memberi kelebihan kepada Scotland. Malah, ia lebih buruk daripada apa yang dicadangkan (bekas perdana menteri) Theresa May.

"Ia mengeluarkan Scotland dari pasaran tunggal EU tanpa keinginan kami. Ia meletakkan kami dalam kedudukan sukar dari segi pelaburan. Tidak mungkin SNP akan memberi sokongan kepada perjanjian ini," katanya. 

Sturgeon menyifatkan perjanjian yang ditawarkan sebagai bukan yang terbaik.

Perjanjian itu membolehkan Ireland Utara mengambil kesempatan ke atas Scotland dari segi pelaburan.




BACA: Parti Brexit minta anggota Parlimen tolak perjanjian Johnson

BACA: PM Britain rayu perjanjian Brexit disokong

SNP mempunyai 35 kerusi dalam Dewan Perwakilan.