awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
[KOLUMNIS] Universiti tidak jamin pekerjaan tetapi bina keupayaan jangka panjang mahasiswa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat Jumaat di Thailand diganti solat zuhur

Bernama
Bernama
18/03/2020
20:20 MYT
Solat Jumaat di Thailand diganti solat zuhur
Solat Jumaat di Thailand akan dibatalkan dan diganti dengan solat zuhur di rumah setelah mengambil kira situasi semasa COVID-19. -Gambar hiasan/BERNAMA
Solat Jumaat di Thailand akan dibatalkan dan diganti dengan solat zuhur di rumah setelah mengambil kira situasi semasa COVID-19.
Menurut kenyataan Pejabat Sheikhul Islam Thailand, langkah ini selari dengan keputusan kerajaan untuk mengelak sebarang perhimpunan berskala besar dan menyekat penularan wabak itu.
"Semua aktiviti dan perhimpunan yang membabitkan kehadiran ramai seperti ceramah dan mengaji harus ditangguhkan buat masa ini. Langkah ini akan dikuat kuasa sehingga keadaan pulih," katanya.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa majlis dan kenduri kahwin harus ditangguhkan atau membenarkan 10 orang sahaja hadir.
Thailand mengesahkan 35 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu setakat ini ialah 212.
Selain itu, pihak berkuasa Thailand mula membuat persiapan rapi selepas menjangkakan beribu-ribu rakyat negara tersebut yang bekerja di Malaysia akan pulang susulan langkah Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Jurucakap Divisyen ke-4 Tentera Kolonel Pramote Prom-in berkata dianggarkan sejumlah 100,000 rakyat Thailand yang berada di Malaysia akan pulang secara berperingkat sepanjang tempoh perintah kawalan itu.
"Pintu masuk masih dibuka untuk membolehkan rakyat Thailand dan Malaysia pulang ke tanah air masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#Solat Jumaat
#solat Zohor
#solat Zuhur
#tentera
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan