Tutup

Berita  | Dunia

Staf Sarjan tukar jantina gagal sertai tentera wanita

Staf Sarjan tukar jantina gagal sertai tentera wanita
Hui-su sebelum ini berpangkat sarjan dan berhasrat menyertai pasukan tentera wanita selepas pembedahan jantina dilakukan. - Foto AP
SEOUL : Pihak Ketenteraan Korea Selatan menolak permohonan tentera transgender pertama, Byun Hui-su untuk menyertai pasukan itu selepas melakukan pembedahan menukar jantina tahun lalu.

Keputusan dibuat berdasarkan undang-undang tentera melibatkan kesalahan penukaran jantina dalam kalangan anggota.

Dalam kenyataannya, Pihak Tentera Korea Selatan menyatakan undang-undang dalam ketenteraan mempunyai hak untuk menolak penyertaan anggotanya yang tiada keupayaan dari segi mental dan fizikal.

Malah, keputusan itu dijangka mewujudkan ketidakpuasan hati kumpulan hak asasi manusia.
Hui-su dalam sidang media selepas itu bertegas untuk membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

"Saya mahu beritahu semua orang bahawa saya mampu menjadi tentera yang hebat, iaitu seorang yang mampu melindungi negaranya tanpa mengira identiti jantina saya.
"Tolong beri saya satu peluang. Saya adalah tentera Korea Selatan. Terima kasih," katanya dalam satu sidang media di sini.

Hui-su sebelum ini berpangkat sarjan dan berhasrat menyertai pasukan tentera wanita selepas pembedahan jantina dilakukan.

Jika rayuannya diterima, dia akan menjadi tentera transgender pertama diterima masuk ke dalam pasukan tentera wanita.



Tag: Korea Selatan, Korea Utara, tentera korea selatan, Byun Hui-su, transgender, permohonan tentera, sarjan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.