Tutup

Berita  | Dunia

Suami isteri maut ditembak di Narathiwat

Suami isteri maut ditembak di Narathiwat
Polis berkata suspek melepaskan dua das tembakan masing-masing tepat pada dada kedua-dua mangsa yang merupakan pekebun.
NARATHIWAT: Sepasang suami isteri maut ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari pasar di Daerah Rangae, Narathiwat.

Dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi (waktu tempatan) di Kg Hulu Parek, Nai Paisan Jungsakul, 65, dan isterinya Sukmol Jangsakul, 58, sedang menaiki motosikal dari Pasar Tanjung Mas, Rangae untuk pulang ke rumah.
Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Rangae Left. Pol. Worapol Sukkaew berkata suspek melepaskan dua das tembakan masing-masing tepat pada dada kedua-dua mangsa yang merupakan pekebun.

"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Motosikal mangsa turut dilarikan suspek," katanya.
Beliau berkata polis sedang mempergiatkan usaha untuk menjejaki pihak yang terlibat.

"Polis telah membuat sekatan jalan untuk menjejaki suspek," katanya.

-- BERNAMA


Tag: Narathiwat, tembakan, siasatan, suami isteri maut ditembak, Kg Hulu Parek, Nai Paisan Jungsakul, Sukmol Jangsakul, Pasar Tanjung Mas



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.