Gara-gara penangan 'jualan harga runtuh' pada 11.11 kelmarin, seorang suami mahu membunuh diri kerana isteri membelanjakan lebih dari 300,000 yuan (RM177,559) membeli-belah beg tangan berjenama, minyak wangi mahal, pakaian dan banyak lagi secara dalam talian.
Wang, 29 dari Luzhou, Sichuan begitu tertekan kerana isterinya, Zhan, 29, terlalu boros.
Menurut China Press, polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki mahu terjun dari tingkat 33 bangunan jam 10 malam.
Pasukan penyelamat cuba memujuk lelaki itu kerana dia terlalu beremosi sebelum menyelamatkannya dari terus terjun bangunan.
Hasil siasatan mendapat, lelaki terlalu tertekan dan emosi kerana tidak mampu bayar hutang selepas isterinya baru sahaja menambah jumlah hutang semasa promosi 'sale 11.11'.
Dia berkata, perkara itu bukan kali pertama kerana tahun lalu isterinya juga pernah berbuat sedemikian.
Si isteri telah membelanjakan lebih daripada 200,000 yuan (RM118,374) dan si suami telah membayar segala kos perbelanjaan itu.
Malah si isteri telah berjanji untuk mengawal perbelanjaan namun ia hanya tinggal janji.
Kata Wang, dia sendirian mencari nafkah selepas isterinya berhenti bekerja kerana perlu menjaga anak mereka.
Sinar Harian
Wed Nov 13 2019
Si suami berjaya diselamatkan oleh polis gara-gara tertekan isteri boros sempena 'sale 11.11'. -Foto China Press
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Suami mahu terjun bangunan gara-gara isteri 'shopping' sakan 11.11
Wang, 29 dari Luzhou, Sichuan begitu tertekan kerana isterinya, Zhan, 29, terlalu boros.
Skandal hartanah Johor: Kereta mewah, beg tangan berjenama milik exco dirampas
Rampasan tersebut dibuat di kediaman exco berkenaan pada pukul 10.50 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Belanja jutaan dolar beli beg tangan mewah di Australia, pelajar Malaysia didakwa
Lee turut menggunakan wang yang diberikan oleh bank secara tidak sengaja itu untuk sewaan pangsapuri dan barangan mewah lain.