Berita  | Dunia

Sudah dua hari cicak ini tinggal dalam telinga

Sudah dua hari cicak ini tinggal dalam telinga
Cicak itu a berjaya dikeluarkan daripada telinga pesakit tersebut menggunakan titisan anestetik. - Foto Agensi
BANGKOK: Punca sakit dalam telinga selama dua hari akhirnya terjawab selepas seorang doktor di Thailand menemui seekor cicak di dalamnya.

Dr Varanya Nganthavee, 25, terkejut selepas menemukan haiwan tersebut di dalam telinga pesakitnya pada hari pertama dia bertugas di Hospital Rajavithi di Bangkok pada Isnin lalu.

"Ia adalah kes terakhir saya pada hari tersebut. Saya keliru. Bagaimana cicak sebesar itu boleh memasuki lubang telinga?" menurut kapsyen gambar yang dimuat naik olehnya di Facebook.
Dia turut bimbang jika ada bahagian anggota lain haiwan itu tertinggal di dalam telinga pesakitnya selepas cicak tersebut dikeluarkan menggunakan titisan anestetik. Dr Varanya kemudiannya membawa pesakitnya ke pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) pada Selasa lalu.

"Doktor mengesahkan masih terdapat ekor cicak terbabit. Saya sangat gembira! Doktor itu turut memuji saya kerana melakukan tugas dengan baik," ujarnya.

Difahamkan, ia adalah sejenis cicak rumah yang digelar Jing Jok yang biasa ditemukan di Thailand.

Tetapi bagaimana ia masuk ke dalam telinga dan berada di dalamnya selama 48 jam turut membingungkan doktor. - Agensi

VIDEO: 25 ekor anak lipas ditemui dalam telinga

BACA JUGA: Lelaki tahan sakit apabila telinga dimasuki lipas

Tag: Bangkok, Hospital, cicak dalam telinga, Thailand


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.