Penganalisis keselamatan Asia Tenggara berpendapat sukar mengaitkan serangan terbaharu di tengah ibu kota Bangkok dengan pemberontak selatan Thailand.

Malah letupan bom pada Isnin malam itu tidak sama seperti siri keganasan sebelum ini, lapor APTN.

"Ia tidak sama seperti siri keganasan yang dilakukan oleh pemberontak di selatan Thai yang hanya fokus di wilayah selatan," kata Matthew Wheeler, seorang penganalisis krisis rantau Asia Tenggara yang berpangkalan di Bangkok.

Tambahnya, serangan tersebut juga diluar kebiasaan siri keganasan bermotifkan politik di pernah disaksikan sebelum ini.

"Pastinya sukar juga untuk mengaitkan serangan dengan siri keganasan bermotifkan politik seperti yang disaksikan sebelum ini," ujar Wheeler.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan keganasan terbaru ini memberi kesan besar kepada kaedah dan gerak kerja cabang keselamatan dalam negeri Thailand.