KEMERIAHAN festival popular South by Southwest (SXSW) di Texas tercalar setelah seorang sukarelawan menyuruh seorang atlet Amerika Syarikat (AS) yang beragama Islam membuka hijab.
Lapor The Huffington Post, kejadian berlaku ketika seorang sukarelawan yang menjaga pendaftaran masuk menyuruh Ibtihaj Muhammad, seorang atlet lawan pedang, membuka hijab untuk merakam gambar bagi proses pendaftaran.
Ibtihaj merupakan atlet pertama dari pasukan Olimpik AS yang memakai hijab.
“Setelah menjelaskan saya tidak boleh buka hijab atas tuntutan agama, beliau mahu saya terus membuka hijab untuk menerima kad pendaftaran saya,” jelas Ibtihaj di Twitter.
Tidak cukup dengan itu, beliau berkata beliau terima kad dengan nama dan organisasi yang salah.
Penganjur SXSW memohon maaf atas insiden berkenaan.
“Ia bukan dasar kami untuk menyuruh orang membuka hijab untuk mendapatkan lencana SXSW.
“Salah satu sukarelawan telah membuat permintaan yang tidak sensitif dan orang itu tidak dibenarkan untuk meneruskan tugasan beliau sepanjang tempoh acara itu,” kata penganjur dalam satu kenyataan.
SXSW merupakan festival tahunan yang memberi fokus kepada muzik, filem dan teknologi dan sering dilihat sebagai acara yang progresif.
Syafique Shuib
Mon Mar 14 2016
Atlet lawan pedang Ibtihaj Muhammad merupakan atlet pertama dari pasukan Olimpik AS yang memakai hijab. -AP PHOTO
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
Pemakaian atlet patuh syariah bukan sesuatu yang aneh - MBM
MBM menyifatkan pemakaian atlet mengikut syariah bukan lagi sesuatu yang aneh, malah melihat langkah ini perlu dirai kerana berjaya mencipta fenomena baharu dalam persada sukan negara.
Mattel lancar patung Barbie berhijab pertama
Anak patung itu merupakan sebahagian daripada koleksi -Sheroes- yang lengkap berpakaian sukan serta hijab.
Atlet Olimpik AS pertama yang berhijab, berjaya raih pingat gangsa
Ibtihaj Muhammad mencipta sejarah tersendiri, bukan saja kerana pencapaian dalam acara sukan yang ditandingi, malah menjadi atlet Olimpik pertama dari AS yang berhijab.
Sukarelawan festival SXSW suruh atlet Islam buka hijab, penganjur mohon maaf
Seorang sukarelawan yang menjaga pendaftaran masuk menyuruh Ibtihaj Muhammad, seorang atlet lawan pedang, membuka hijab untuk merakam gambar bagi proses pendaftaran.