awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Brunei pulangkan semula ijazah kehormat Universiti Oxford

Agensi
Agensi
24/05/2019
04:35 MYT
Sultan Brunei pulangkan semula ijazah kehormat Universiti Oxford
Sultan Hassanal Bolkiah serah semula ijazah kehormat Uinversiti Oxford yang diterima baginda pada 1993. - Gambar fail REUTERS
SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan semula ijazah kehormat yang dianugerahkan kepada baginda oleh Universiti Oxford Britain.
Pemulangan semula ijazah berkenaan dilakukan baginda selepas pusat pengajian berkenaan menyatakan kebimbangan mengenai undang-undang syariah yang diperkenalkan oleh Brunei terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Universiti Oxford mengesahkan perkara itu dan memberitahu Sultan Brunei membuat keputusan terbabit pada 6 Mei lalu sebelum diumumkan semalam.
Baginda dianugerahkan ijazah tersebut pada 1993
Pentadbiran Sultan Hasanal Bolkiah sebelum ini menerima kecaman hebat di peringkat antarabangsa selepas mengumumkan pelaksanaan hukuman dalam undang-undang syariah pada 3 April lalu.
Undang-undang yang diperkenalkan itu menggariskan hukuman rejam sampai mati kepada pesalah khalwat dan amalan seks songsang.
Susulan itu, selebriti antarabangsa seperti George Clooney dan Elton John mengecam tindakan berkenaan serta menggesa seluruh dunia memboikot rangkaian hotel yang dimiliki Sultan Brunei.
Bagaimanapun, bagi meredakan keadaan, baginda berkata, hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam pelaksanaan perubahan kanun jenayah.
Media antarabangsa juga sebelum ini melaporkan hampir 120,000 orang menandatangani petisyen mendesak supaya universiti tersebut menarik balik ijazah kehormat undang-undang yang dinaugerahkan kepada Sultan Hassanal Bolkiah.
Topic Berkaitan
#Britain
#Brunei
#Sultan Brunei pulangkan semula ijazah kehormat Universiti Oxford
#Sultan Hassanal Bolkiah
#syariah
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan