Suspek tembakan rambang yang menembak mati 17 pelajar sekolah di Florida minggu lepas sanggup mengaku bersalah jika dia tidak dikenakan hukuman mati, kata peguambela Howard Finkelstein.

Nikolas Cruz, 19 tahun, berdepan dengan 17 pertuduhan merancang pembunuhan melibatkan 14 pelajar dan tiga guru di sekolah Marjory Stoneman Douglas, Parkland.

“Hanya ada satu persoalan, adakah Cruz patut hidup atau dijatuhi hukuman mati,” soal Finkelstein.

Selain hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan untuk parol, suspek juga mahu melakukan khidmat komuniti.

Cruz sebelum ini mengaku bersalah menembak mati 17 orang di sekolah menengahnya menggunakan senapang separa automatik AR-15 semasa sesi perbicaraan status.


BACA: Kes tembakan Florida: 'Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?'

BACA: Kes tembakan rambang: Bendera di Florida dikibar separuh tiang


Selepas haknya dibacakan, Cruz memberitahu dia adalah lelaki yang memasuki sekolah bersenjata senapang separa automatik AR-15 dan mula menembak pelajar di lorong-lorong dan di perkarangan sekolah, menurut dokumen pengadilan.

Di Amerika Syarikat, sesi perbicaraan status bukan sebahagian daripada perbicaraan dan tertuduh mesti mengikuti sesi berkenaan, dan mereka boleh mengemukakan rayuan sekiranya perlu.

Keputusan sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati perlu dipersetujui kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.