Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Suspek serangan masjid Christchurch mengaku salah atas semua pertuduhan

Suspek serangan masjid Christchurch mengaku salah atas semua pertuduhan
Brenton Tarrant mengaku salah semasa sesi pendengaran khas, pada Khamis. -Gambar fail
CHRISTCHURCH: Penembak yang menyerang dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac tahun lalu dan menyebabkan kematian 51 nyawa mengaku bersalah ke atas semua pertuduhan.

Lelaki warga Australia, Brenton Tarrant, 29, tanpa disangka mengaku salah ketika sesi pendengaran khas, pada Khamis.

Tarrant sebelum ini menafikan semua tuduhan terhadapnya dan bakal berdepan perbicaraan pada Jun nanti.

Tertuduh akan ditahan sehingga tarikh hukuman diumumkan.
Dalam tragedi berdarah pada 15 Mac lalu, Tarrant didakwa menggunakan senjata separa automatik untuk menembak jemaah yang berada di dalam dan sekitar Masjid Al Noor serta Masjid Linwood di Christchurch.

Perbuatannya itu turut disiarkan secara langsung di laman media sosial Facebook.
Tragedi hitam dalam sejarah moden New Zealand itu telah mendorong kerajaan perdana menteri Jacinda Ardern untuk mengetatkan undang-undang pemilikan senjata api di negara itu.