TARIKH 5 Disember 2004, langit Narathiwat tiba-tiba bingit dengan deruan bunyi pesawat. Orang kampung, ada yang berpelikat, juga yang berjubah, semuanya mendongak ke atas.
Pesawat-pesawat tentera terbang rendah di ruang udara Narathiwat. Antaranya 50 pesawat yang melepaskan asap merah, putih dan biru - warna bendera Thailand.
Turut kelihatan sebuah pesawat pengangkut yang menaburkan jutaan kertas-kertas kecil yang kemudiannya menghujani wilayah yang pernah digelar Serambi Mekah itu.
Pertunjukan udara ini sedikIt sebanyak memberi kelegaan terhadap suasana tegang yang memuncak setelah dilaporkan 78 nyawa pemuda Melayu terkorban dalam tragedi berdarah Tak Bai bulan sebelumnya.
Hari itu menyaksikan strategi baharu Bangkok dalam meredakan ketegangan di wilayah paling selatan di Thailand setelah strategi bersifat ketenteraan sudahpun dikerahkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra .
Dalam usahanya untuk menyampaikan mesej keamanan, taikun yang menjadi politikus itu seterusnya meminta seluruh rakyat Thailand menuliskan mesej keamanan di atas kepingan kertas kecil.
Kertas kecil itu kemudiannya dilipat ke bentuk 'origami' menyerupai seekor burung. Lebih 120 juta burung-burung kertas berjaya dihasilkan lalu diterbangkan ke wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat, sebelum dijatuhkan ke bumi yang pernah berajakan oleh empat wanita Melayu itu.
Seorang gadis bertudung lalu mengutip beberapa helaian 'origami' itu ketika ia menghujani bumi wilayah Menara, lantas dibaca.
"Orang yang menulis dan melipatkan kertas ini bukan orang dari kampung saya, malah mereka dari segenap negara ini dan jika orang lain sudi menyokong keamanan ke wilayah ini, sebagai anak watan, saya harus buktikan saya juga boleh berbakti kepada tanah air saya," kata Saraya Uthman (bukan nama sebenar), 32, ketika mengenang momen-momen semasa mula memasang hasrat untuk membantu orang kampungnya keluar dari kemelut yang berpanjangan.
Akhirnya siapa sangka bekas guru ini akhirnya menjadi antara wanita Melayu terawal yang menganggotai badan keselamatan Ranger Force Regiment atau dalam bahasa tempatannya, 'Thahan Phran' (Renjer Thai) ketika usianya mencecah 29 tahun.
Berpasangkan niat mahu menolong orang kampung serta membantu membawa keamanan berpanjangan ke wilayah itu, dia tekad mengenepikan pandangan serong terhadap kerjaya itu.
Sebagai seorang anggota yang boleh berbahasa tempatan, khidmat Saraya sering diperlukan untuk membantu pihak berkuasa yang kebanyakannya hanya berbahasa Thai untuk berkomunikasi dengan orang kampung yang mungkin kurang fasih berbahasa Thai.
Dia juga sering menyertai misi bantuan yang dianjurkan pihak berkuasa ke kampung-kampung di pedalaman Narathiwat.
Pengalaman misi pertama
Renjer Thai merupakan pasukan paramiliter ditubuhkan pada 1978 untuk menentang ancaman Komunis.
Anggotanya terdiri daripada oorang dari wilayah tempatan yang diberikan latihan ketenteraan selama 45 hari sebelum ditugaskan ke lapangan.
Dikhabarkan, Renjer Thai sangat berkesan dalam menangani ancaman insurgensi di wilayah bersempadan dengan Myanmar, Kemboja dan Malaysia.
"Saya bersama 59 rekrut lain, hanya 12 daripada mereka orang Islam. Daripada jumlah itu dua ialah wanita Islam.
"Sepanjang 45 hari, saya dilatih mengenai cara untuk ambil maklumat, pegang senjata. Latihan diberi sama berat untuk lelaki dan wanita.
"Saya masih ingat saya diarah untuk mengalas beg seberat 10 kilogram, sehingga tubuh, kaki dan lutut semuanya sakit tapi saya hanya katakan kepada diri supaya buat sungguh-sungguh untuk lulus ujian iniceritanya ketika mula mendaftar sebagai rekrut.
Saraya juga menceritakan antara tugas pertamanya ialah untuk menjejaki lokasi persembunyian senjata di tengah belantara.
"Untuk misi itu, saya harus daki bukit sehingga berjam-jam. Bukan sahaja mendaki tapi, badan saya juga ditusuk duri sepanjang perjalanan," cerita Saraya.
Tetapi malangnya, senjata yang dicari sudahpun dilarikan sebaik mereka tiba di lokasi persembunyian tersebut.
Mendepani pandangan serong
Dengan mengambil kira konteks sejarah konflik antara beberapa kumpulan orang tempatan dan pentadbiran Bangkok, Saraya mengakui memang wujud salah tanggapan kalangan segelintir orang Melayu terhadap kerajaan.
"Orang kampung sokong langkah saya menyertai pasukan renjer tetapi orang di luar (kampung) ada yang juga yang tak senang dengan kerjaya saya.
"Tetapi saya cuba bercakap dengan mereka seikhlas hati dan melayan mereka seperti saudara.
"Orang yang pada mulanya tidak menyukai kita akhirnya berubah.
"Setelah melawat mereka beberapa kali, buah rambutan dan dokong dah boleh bawa balik!" katanya sambil mengenang pemberian orang kampung setiap kali mengadakan lawatan ke kampung-kampung sekitar Narathiwat.
Di sebalik keceriaan setiap kali melakukan tugasan, hakikatnya bertugas sebagai anggota keselamatan bukan tugas biasa-biasa, lebih-lebih lagi di wilayah bergolak Selatan Thai. Silap hari bulan nyawa boleh melayang.
November lalu sahaja, 15 anggota anggota keselamatan yang terdiri daripada anggota tentera dan sukarelawan mati ditembak dalam satu serangan hendap di salah satu 'checkpoint' di Yala.
Ia merupakan tambahan kepada 7,000 korban nyawa sejak keganasan di Selatan Thai tercetus sejak 2004.
Tetapi apabila ditanya mengenai kekhuatiran mengenai tahap ancaman nyawa di tempat kerja, Saraya hanya menjawab tenang.
"Mula-mula takut, tapi lama-lama jadi biasa," katanya yang fasih loghat Melayu tempatan.
Selain membantu dalam hal-hal melibatkan siasatan, Saraya juga pernah ditugaskan untuk menyampaikan maklumat kepada orang kampung mengenai inisiatif kerajaan yang bertujuan meredakan ketegangan di wilayah selatan.
Bagi Sarah Osman (bukan nama sebenar), 30, anggota-anggota tempatan bidang keselamatan berperanan besar untuk menyebar maklumat semasa kepada orang kampung mengenai keadaan yang berlaku di wilayah mereka.
"Sikap wanita yang lebih lembut juga membantu untuk menyebarkan maklumat kepada orang kampung," katanya.
Renjer Thai mempunyai 20,000 keanggotaan di tiga wilayah Selatan Thai - Narathiwat, Yala dan Pattani dengan 900 daripadanya merupakan anggota wanita.
Astro Awani
Sun Mar 08 2020
Foto bertarikh Mac 2013 ini menunjukkan salah seorang anggota separa tentera, Renjer Thailand, ketika dalam latihan di sebuah kem di Yala, Thailand. - Gambar hiasan/Reuters/Damir Sagolj.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.