awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sedar terbawa ular naik pesawat

Agensi
Agensi
26/02/2019
10:01 MYT
Tak sedar terbawa ular naik pesawat
Ular yang ditemui Boxall dalam kasutnya sebaik tiba di rumahnya di Stirling, Scotland dari Queensland, Australia. Foto Agensi
SEEKOR ular sawa tanpa sengaja dibawa 'melancong' menaiki kapal terbang dari Queensland, Australia ke Glasgow, Scotland oleh seorang pelancong wanita.
Moira Boxall menjumpai haiwan itu di dalam kasut yang dimuatkan di dalam beg pakaiannya.
Menurut laporan media tempatan, Boxall terbang ke Queensland untuk bercuti sambil melawat anak dan menantunya yang tinggal di sana.
Namun sekembali di kediamannya di Stirling pada Jumaat, dia dikejutkan dengan penemuan seekor ular semasa mengemas beg pakaian.
Menantunya, Paul Airlie memberitahu dia tidak menyangka ibu mertuanya akan berdepan dengan situasi itu selepas berjenaka bahawa bandar Queensland amat terkenal dengan ular.
"Pada awalnya ibu mertua saya menyangka saya dan isteri Sarah sengaja meletakkan ular mainan di dalam kasut sebelum dia terkejut melihat ular itu bergerak selepas disentuh.
"Dia menghubungi kami di Queensland untuk memaklumkan perkara itu dan saya segera membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa di Scotland," katanya.
Ular itu kini dikuarantin di Scotland dan dijangka akan ditempatkan di Zoo Glasgow.
Topic Berkaitan
#anak
#Australia
#beg pakaian
#boxall
#Glasgow
#kasut
#pelancong
#Queensland
#rumah
#Scotland
#stirling
#ular sawa
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan