SEORANG pelajar membunuh diri di rumah keluarganya pada hari dia sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen.

Itu punca kepada kematian Nicholas Turner, 23, yang pulang ke rumah ibu bapanya di Tunbridge Wells, Kent, selepas tamat pengajian sebelum musim panas tahun ini, menurut satu kenyataan inkues yang dibuat susulan kematiannya.

Lapor metro.co.uk, dia dikhabarkan telah memberitahu ibu bapanya bahawa dia telah menerima keputusan CGPA melebihi 3.00 dalam kursus kejuruteraan mekanikal di Universiti Southampton yang diambilnya.

Namun sebenarnya, dia telah pun gagal dalam pengajiannya itu.

Majlis Konvokesyen Turner berlangsung pada 23 Julai dan ibu bapanya telah bersiap sedia untuk menghadiri ke majlis itu bersamanya.

Akan tetapi, di hari konvokesyennya, jiran mereka terlihat mayat Turner tergantung di luar kediamannya ibu bapanya kira-kira jam 7 pagi, kata Mahkamah Koroner Maidstone.

Keputusan inkues turut menyatakan bahawa Turner tidak kelihatan seperti tertekan pada malam sebelum dia membunuh diri, malah dia turut makan malam bersama keluarganya.

Ayahnya, Geoff Turner berkata, dia hanya mendapat tahu bahawa anaknya telah gagal dalam pengajiannya sejurus selepas kematian anaknya.

“Dia telah mengambil kursus yang agak mencabar dalam pendidikannya tetapi dia selalu lakukan terbaik, kata bapanya.

Detektif Sarjan Brian Smith berkata mayat Nicholas dilihat oleh jiran menerusi bilik mandi di tingkat atas dan ia boleh dilihat dari kawasan pejalan kaki.

Semoga dijadikan iktibar.

Di Malaysia, mereka yang berhadapan masalah kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di Kuala Lumpur dan Selangor pada talian 03-79568145 atau e-melkan kepada [email protected]. - Agensi