awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman Tema Yomiuriland di Tokyo dibuka semula

Agensi
Agensi
16/06/2020
15:22 MYT
Taman Tema Yomiuriland di Tokyo dibuka semula
Sebelum ini, Yomiuriland ditutup sementara pada akhir Februari dan dibuka buat sementara waktu pada Mac, namun ia menghentikan operasinya semula dari akhir bulan Mac. - Instagram @yomiuriland
Taman tema Yomiuriland di Tokyo dibuka semula pada Selasa selepas operasinya dihentikan awal tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, pengunjung disarankan agar tidak menjerit ketika menaiki roller coaster selain menjaga penjarakan sosial.
Perniagaan di seluruh Tokyo dibuka semula secara berperingkat selepas Gabenornya, Yuriko Koike melonggarkan sekatan sebulan sebelumnya di sebalik penarikan balik perintah berkurung.
Taman tema itu hanya membuka semula segmen permainan di luar selepas langkah pencegahan awal dilaksanakan termasuk pemeriksaan suhu badan, penyediaan pembasmi kuman tangan dan menyahkuman tempat duduk.
Yomiuriland ditutup sementara pada akhir Februari dan dibuka buat sementara waktu pada Mac, namun ia menghentikan operasinya semula dari akhir bulan Mac.
Bagi permainan di kawasan tertutup dan kemudahan taman tema air pula, ia dijangka beropasi pada pertengahan Julai.
BACA: Tokyo memasuki fasa kedua kelonggaran perintah berkurung
BACA: COVID-19: Tokyo catat 47 kes baharu, tertinggi sejak 5 Mei
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jepun
#koronavirus
#operasi semula
#penjarakan sosial
#roller coaster
#Taman Tema
#Tokyo
#Yomiuriland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan