Tutup

Berita  | Dunia

Tangguh dan batal: Taufan Hagibis jejas penerbangan SIA dan Scoot ke Jepun

Tangguh dan batal: Taufan Hagibis jejas penerbangan SIA dan Scoot ke Jepun
Laluan SIA yang terjejas itu adalah Los Angeles-Narita, Singapoura-Kansai, Kansai-Singapura, Singapura-Nagoya dan Nagoya-Singapura. - Gambar fail
SINGAPURA: Lebih 10 jadual penerbangan ke Jepun dan keluar dari negara itu pada minggu ini terjejas disebabkan kelewatan dan pembatalan, berpunca daripada Taufan Hagibis.

Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, jadual pelepasan bagi pesawat Singapore Airlines (SIA) dan Scoot terkesan akibat impak taufan yang dikatakan paling kuat dalam tempoh 60 tahun.
Taufan Hagibus dijangka melanda pulau utama Jepun iaitu Honshu pada Sabtu (12 OKtober), dan diramal turut membawa hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan 216 kilometer sejam, menurut agensi meteorologi Jepun.

Pihak SIA mengumumkan, beberapa penerbangan telah terjejas, dengan empat penerbangan Singapore Airlines (SIA) terpaksa berlepas lebih awal dari Jepun sebelum kedatangan taufan.
Laluan SIA yang terjejas itu adalah Los Angeles-Narita, Singapoura-Kansai, Kansai-Singapura, Singapura-Nagoya dan Nagoya-Singapura.

"Kami akan mengemas kini makluman tentang penerbangan ke lapangan terbang Haneda dan Narita,” kata kenyataan di laman web SIA.

Syarikat penerbangan tambang rendah Scoot pula telah membatalkan lapan penerbangan dan menjadual semula 11 yang lain.

Penerbangan ke/dari Tokyo dan Osaka juga dibatalkan, dengan penumpang dipindahkan ke penerbangan pada Ahad dan Isnin.

Beberapa penerbangan ke Kaohsiung dan Taipei, Taiwan juga ditangguh atau dibatal.

Scoot akan terus memantau situasi itu dan akan memaklumkan kepada pelanggan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel.

"Pelanggan kami digalakkan supaya bersedia untuk sebarang perubahan dalam perancangan pelancongan mereka, termasuk membeli insurans perjalanan,” jelas kenyataan Scoot.

Kehadiran taufan itu dijangka menyebabkan kekacauan pengangkutan sepanjang hujung minggu di Jepun, sementara banyak pelan perjalanan dijangka dibatalkan.

Dua syarikat penerbangan utama Jepun, All Nippon Airways dan Japan Airlines, juga telah membatalkan ratusan penerbangan domestik. Perkhidmatan kereta api laju dan kereta api domestik biasa juga digantung sementara.

Taihan Hagibis juga telah menjejaskan perancangan untuk acara Grand Prix Formula One dan Piala Dunia Ragbi.


Tag: singapore airlines, taufan hagibis, syarikat penerbangan, pelancongan, insurans perjalanan, bencana alam



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.