awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh perjalanan tidak penting ke Hong Kong - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2019
15:25 MYT
Tangguh perjalanan tidak penting ke Hong Kong - Wisma Putra
Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka di bandar Hong Kong. - Foto AP/Gemunu Amarasinghe
Rakyat Malaysia yang merancang hendak ke Hong Kong dinasihatkan menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke daerah-daerah di bandar yang terjejas oleh protes.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar Negeri turut menasihatkan rakyat Malaysia di Hong Kong supaya mendaftar dengan Konsulat Jeneral Malaysia di bandar itu melalui emel.
"Beberapa daerah di Hong Kong mungkin dipengaruhi oleh protes yang sedang berlangsung.
"Gangguan kepada pergerakan dan pengangkutan awam juga boleh berlaku tanpa notis.
"Oleh itu, buat masa ini, pelancong Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke kawasan yang terjejas," kata kementerian itu.
Wisma Putra juga menggesa rakyat Malaysia agar mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka di bandar tersebut.
"Rakyat Malaysia digesa untuk terus berjaga-jaga dan terus memantau perkembangan terbaru melalui berita tempatan atau pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong melalui telefon di +852 2821 0800 (semasa waktu pejabat) atau + 852-6900-6390 (selepas waktu pejabat) atau e-mel di [email protected] .my.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Konsulat Jeneral Malaysia
#pelancong
#protes
#protes Hong Kong
#tangguh perjalanan ke Hong Kong
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan