awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tarik diri daripada perjanjian langit terbuka

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2020
23:00 MYT
AS tarik diri daripada perjanjian langit terbuka
Trump berkata keputusan berkenaan dibuat susulan dakwaan Rusia telah mencabuli perjanjian itu. -REUTERS
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan menarik diri daripada perjanjian langit terbuka yang melibatkan 35 negara.
Perjanjian itu membenarkan pemantauan penerbangan dalam kalangan negara anggota bertujuan mempromosi kepercayaan dan mengelak konflik di antara negara itu dengan Rusia.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memaklumkan keputusan berkenaan dibuat susulan dakwaan Rusia telah mencabuli perjanjian itu.
“Rusia tidak mematuhi perjanjian ini, sehingga mereka mematuhinya, kami akan menarik diri. Tetapi ada peluang besar yang kami akan meterai semula perjanjian ini.
“Tetapi apabila ada perjanjian dan satu pihak tidak bersetuju, ada banyak perjanjian yang dibuat, mereka tidak mematuhinya tetapi kami berbuat demikian,” katanya.
Penarikan diri Washington daripada perjanjian ini dijangka menyebabkan hubungan negara itu dengan Moscow tegang.
Ia juga dijangka menjadi pertikaian beberapa sekutu Eropah yang mendapat manfaat langsung daripada perjanjian itu.
Perjanjian langit terbuka ini melibatkan kisah yang panjang di antara AS dan Rusia. Ia diwujudkan bagi mempromosi hubungan baik AS dan Rusia.
Perjanjian ini kali pertama dicadangkan Presiden Dwight Eisenhower.
Bekas Kesatuan Soviet bersetuju membenarkan pemantauan pesawat tanpa pemandu dalam wilayahnya bermula Julai 1955.
Moscow pada mulanya membantah idea ini, namun Presiden George HW Bush kembali mengemukakan cadangan ini pada Mei 1989.
Dalam satu sidang kemuncak pada Jun 1990, HW Bush dan Pemimpin Kesatuan Soviet, Mikhail S. Gorbachev mengisytihar mencapai persetujuan perjanjian itu.
Perjanjian ini dikuat kuasa bermula Januari 2002.
Sebanyak 34 negara memeterainya, namun Kyrgyztan belum meratifikasi perjanjian itu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#Dwight Eisenhower
#George HW Bush
#Mikhail S Gorbachev
#Moscow
#pemantauan pesawat tanpa pemandu
#penerbangan
#perjanjian langit terbuka
#presiden
#Rusia
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan