Tutup

Berita  | Dunia

Taufan Dorian badai Florida, Trump batal lawatan kerja ke Poland

Taufan Dorian badai Florida, Trump batal lawatan kerja ke Poland
Taufan Dorian bergerak dari kepulauan Carribbean ke kawasan pantai timur Amerika Syarikat.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membatalkan lawatan kerjanya ke Poland selepas Taufan Dorian membadai Florida.

Menurut Trump, adalah sangat penting untuk beliau berada di Washington ketika ini bagi menangani bencana alam itu.

Tambahnya, keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan dan memberikan perlindungan kepada rakyat Amerika Syarikat semasa berdepan taufan tersebut.

Trump dijadual berlepas ke Warsaw pada Sabtu untuk lawatan kerja ke Poland bagi memperingati ulang tahun ke-80 perang dunia kedua.
Bagaimanapun, Naib Presiden Mike Pence akan mewakili Trump pada lawatan tersebut.

Gabenor Florida, Ron Desantin sebelum ini mengisytiharkan darurat untuk daerah di laluan Taufan Dorian.
Taufan Dorian kini bergerak dari kepulauan Carribbean ke kawasan pantai timur Amerika Syarikat.

Ia masih dalam Kategori 1 dengan kelajuan angin 85 batu sejam (bsj) namun dijangka mencapai tahap Kategori 4 untuk tempoh dua hari berikut dengan kelajuan angin melebihi 130 bsj.

Taufan Dorian berkemungkinan mencapai Kategori 5 jika kelajuan angin melepasi 157 bsj.