Ratusan ribu penduduk di sepanjang pesisir pantai timur laut di India terpaksa dipindahkan serta merta sebagai persediaan awal menghadapi ancaman taufan Fani yang dijangka akan melanda Jumaat ini.

Menurut media antarabangsa, pihak berkuasa negara itu juga kini telah mengarahkan kakitangan pengurusan bencana bagi memindahkan kesemua mereka ke pusat perlindungan yang disediakan.

Selain itu pelancong juga dinasihatkan meninggalkan segera kawasan kuil pesisir pantai di Puri yang sentiasa menjadi tumpuan dan dianggap sebagai salah satu tempat suci bagi yang beragama Hindu.

India pernah merekodkan kematian tinggi setiap kali tibanya musim taufan dan yang terburuk pernah dicatatkan pada dua puluh tahun lalu di mana ribut itu mengorbankan lebih sepuluh ribu mangsa.