Jumlah kematian akibat taufan Mangkhut yang membadai Filipina sejak semalam, meningkat kepada 49 orang hari ini.

Jurucakap polis, Benigno Durana melaporkan peningkatan jumlah kematian berkenaan berbanding jumlah terdahulu seramai 25 orang.

Dikenali sebagai Ompong oleh penduduk tempatan, taufan Mangkhut mencapai kelajuan angin tertinggi pada 305 kilometer sejam (kmj) dan mengakibatkan banjir serta kejadian tanah runtuh.

BACA: Taufan Mangkhut: 14 maut di Filipina

BACA: Taufan Mangkhut: Hong Kong lumpuh, loji kuasa nuklear China berdepan ancaman

Seorang bayi berusia lapan bulan yang dihanyutkan arus banjir ketika sedang tidur di rumah keluarganya di Pio Duran yang terletak di daerah Albay menjadi mangsa pertama taufan Mangkhut kelmarin. - AFP