PENYANYI pop terkenal Hollywood, Taylor Swift dan pelakon kelahiran British, Joe Alwyn nampaknya sudah tidak lagi berselindung mengenai hubungan mesra mereka.

Pasangan romantik berkenaan dilihat berpegangan tangan sewaktu berduaan di Gunung Santa Monica, Beverly Hills, California dan meluangkan waktu bersama di Franklin Canyon Park Trail.

Sekalipun hanya berpakaian kasual, namun penampilan Swift tetap mendapat perhatian peminat yang berada di situ

Manakala Alwyn dilihat membawa kameranya untuk merakamkan foto bersama teman wanitanya sambil menikmati keindahan di situ.

Swift dan Alwyn juga semakin intim khususnya ketika menghadiri parti Oscars bersama-sama.

Selepas berakhir musim Oscar, Swift dan Alwyn selesa berpegangan tangan dan kemesraan mereka mendapat perhatian peminat.

Swift yang mempunyai pengikut seramai 114.6 juta di laman Instagramnya sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan aktor Tom Hiddleston selain penyanyi Calvin Harris dan Harry Styles.

Sementara Swift dan Alwyn pula dilaporkan sudah tiga tahun mengenali antara satu sama lain.