Mahkamah daerah Pervomaisky di Bishkek pada Selasa melanjutkan tempoh penahanan bekas Presiden Kyrgyzstan Almazbek Atambayev sehingga 26 Oktober, lapor agensi berita Sputnik.

Bekas presiden itu disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah, kini berada dalam tahanan selepas menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 8 Ogos lalu.

Peguam yang mewakili beliau menyatakan keputusan itu sebagai tidak sah dan akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

Atambayev, yang memerintah negara itu dari Disember 2011 hingga November 2017, disyaki terbabit dalam 12 kes jenayah antaranya pembunuhan, rasuah, pemalsuan dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau menafikan semua tuduhan itu yang disifatkannya bermotifkan politik.

-- BERNAMA