Tentera Turki kini mara ke utara Syria dengan melancarkan serangan darat sebagai sebahagian Operasi Peace Spring, lapor agensi berita Anadolu memetik Kementerian Pertahanan pada Khamis.
"Anggota komando kami yang mengambil bahagian dalam operasi itu kini mara (ke rantau ini) di timur Sungai Euphrates di utara Syria," kata kementerian menerusi ciapannya.
Turki melancarkan operasi itu pada Rabu untuk memastikan keselamatan di sempadan dengan menghapuskan pengganas, selain memastikan integriti wilayah Syria dan pelarian dapat kembali ke negara asal mereka.
Menurut Turki Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) merupakan ancaman terbesar terhadap masa depan Syria, yang menjejaskan integriti wilayah dan struktur kesatuan negara.
Negara Turki mempunyai sempadan sepanjang 911 kilometer dengan Syria, sekian lama diancam aktiviti pengganas di timur Euphrates yang membentuk "koridor pengganas" di kawasan itu.
Turki merancang menempatkan dua juta orang Syria di Zon Keselamatan seluas 30 kilometer yang akan diwujudkan di Syria, bermula dari Sungai Euphrates ke sempadan Iraq, termasuk Manbij.
Bagaimanapun, kehadiran kumpulan pengganas seperti PKK, Parti Kesatuan Demokratik (PYD) dan YPG menghalang rancangan itu.
Turki telah membebaskan kawasan seluas 4,000 kilometer persegi di Syria daripada cengkaman kumpulan pengganas dalam dua operasi rentas sempadan berasingan sejak 2016 iaitu Operasi Euphrates Shield and Operasi Olive Branch.
Kedua-dua operasi itu selaras dengan hak negara untuk membela diri di bawah undang-undang antarabangsa.
Semasa Operasi Euphrates Shield, pasukan Turki telah meneutralkan 3,060 pengganas Daesh.
Sejak 2016, operasi Perisai Euphrates dan Olive Branch di barat laut Syria berjaya membebaskan wilayah itu daripada cengkaman keganasan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) serta Daesh, membolehkan 400,000 rakyat Syria yang melarikan diri dapat pulang semula ke rumah mereka.
Dalam kempen keganasan lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK - disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan Eropah - bertanggungjawab menyebabkan kematian 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. YPG pula di bawah organisasi PKK, cawangan Syria.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
Konvoi tentera Turki dilihat bergerak di sepanjang sempadan dengan Syria, di Akcakale, Turki, 9 Okt, 0192. REUTERS
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok
Jasad mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna akan diberikan penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut di lokasi yang dipersetujui waris di Serian.
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Skuad Waja perlu jadi mata dan telinga komuniti - Nancy
Keganasan terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia dan mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan.
12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan.
AS sekat empat pendatang Yahudi susulan keganasan di Tebing Barat
Amerika Syarikat (AS) kini melaksanakan sekatan terhadap empat pendatang Yahudi selepas mereka dituduh melakukan keganasan terhadap orang awam dan kemusnahan harta benda di Tebing Barat, lapor Agensi
Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.
13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan militan di negeri Manipur di timur laut India.
UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia
Cabaran penting yang timbul semasa perbincangan ialah jurang dalam menangani pencabulan hak asasi manusia secara berkesan.
19 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Filipina
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina.