KEGILAAN melakukan aksi ekstrem tanpa pengawasan profesional sebenarnya untuk apa? Bangga memperoleh ribuan ‘LIKE’ di akaun media sosial? Bangga dipuji melambung? Mahu membuktikan diri sebagai wakil dalam kelompok generasi terhebat?
Ya, setiap perkara ekstrem memang ada ganjarannya jika berjaya dilaksanakan. Kepuasan itu memang tidak dapat ditandingi perasaan seronok yang lain. Namun, ia juga hadir bersama risiko yang pelbagai, lazimnya kecederaan mahupun lebih teruk, membawa maut.
Jika itu berlaku, siapa yang mahu dipersalahkan, dan siapa pula yang menanggung beban derita, kemerosotan kesihatan dan kecelaruan emosi serta psikologi?
Baru baru ini seorang ‘bintang ekstrem’ YouTube yang sering melakukan aksi terjun ke dalam kolam renang dari aras tinggi sudah menerima padahnya.
Lelaki berkenaan yang menggunakan nama 8Booth dalam akaun YouTube itu merancang untuk melompat ke dalam sebuah kolam renang dari aras bumbung bangunan tiga tingkat.
Malangnya aksi lagak ngeri itu tidak menjadi apabila kakinya mendarat dahulu di tebing konkrit, sebelum tersungkur ke dalam air.
Aksi gagal 8Booth terakam dalam video berikut. Video ini mengandungi adegan yang mengejutkan:
Dalam rakaman yang dimuat naik ke akaunnya pada 1 Januari 2017, lelaki berkenaan dilihat terkapai-kapai cuba berenang ke pinggir kolam sebelum mengesot naik dan merangkak kerana pergelangan kaki dan tapak kakinya mengalami keretakan tulang dan luka besar.
Tidak dapat dipastikan bagaimana dia akhirnya terpaksa meminta bantuan untuk keluar dari kawasan kolam renang tersebut.
Kesilapan kecil ternyata membawa ‘penderitaan’ yang besar buatnya yang kini tidak boleh berjalan kerana masih menerima rawatan di hospital.
Kejadian dipercayai berlaku di Hotel Pacific Edge di California, Amerika Syarikat.
Jadi kepada anda yang masih mahu melakukan aksi ekstrem tanpa pengawasan profesional, masih tidak fahamkah erti ‘tanggung risiko sendiri’?
Mungkin apabila sudah berlaku sesuatu kecelakaan, barulah menyedari bahawa jumlah 'LIKE' di Instagram, Facebook atau YouTube tidak memberi apa-apa makna dalam hidup... apatah lagi untuk membayar bil hospital.
Astro Awani
Tue Jan 03 2017
Keadaan 'bintang ekstrem YouTube' 8Booth di hospital, selepas kegagalan aksi di California. - Foto sumber YouTube
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Terima padah lompat dari bangunan tapi mendarat di pinggir konkrit kolam renang
Lagak ngeri tidak menjadi bagi seorang 'bintang ekstrem YouTube' yang gemar memuat naik aksinya melompat ke dalam kolam renang dari aras tinggi.