INTERNATIONAL
Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan

Jacob Zuma mengumumkan perletakan jawatannya serta-merta pada Rabu. -Foto REUTERS
Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta pada Rabu.
Beliau yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah membuat kenyataan itu menerusi siaran televisyen ke seluruh negara.
Zuma berkata beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan walaupun pada dasarnya beliau tidak bersetuju dengan arahan partinya African National Congress (ANC) untuk meninggalkan pejabat dengan segera.
ANC juga telah bersedia untuk mengadakan mengundi tidak percaya di Parlimen pada Khamis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami