awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tertembak mati sepupu ketika posing untuk Tik Tok

Agensi
Agensi
14/06/2019
00:13 MYT
Tertembak mati sepupu ketika posing untuk Tik Tok
Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan tanpa sengaja oleh saudaranya semasa rakam video untuk dimuat naik di Tik Tok. - Gambar hiasan
Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan tanpa sengaja oleh saudaranya semasa merakam video sambil memegang senjata api itu untuk aplikasi Tik Tok dalam satu kejadian sebuah hotel di Maharashtra, India, pada Khamis.
Menurut anggota polis, Anil Katke, semasa kejadian, terdapat lima lelaki bersaudara di dalam bilik hotel itu berusia antara 17 hingga 11 tahun.
“Difahamkan suspek tidak sengaja tertarik picu senjata itu semasa sedang bergaya mengambil video.
“Polis telah memberkas dua daripada mereka atas kesalahan cubaan membunuh manakala dua lagi masih bebas,” kata Anil Katke kepada pemberita.
Menurut Katke, keempat-empat lelaki berkenaan dilaporkan panik sebelum mengancam kakitangan hotel menggunakan pistol sebelum melarikan diri.
Sebelum ini, India pernah menyekat rakyatnya menggunakan aplikasi berkenaan pada April, namun mengaktifkannya semula selepas dibincangkan secara terbuka.
Tik Tok merupakan salah sebuah aplikasi paling popular di India dengan sekitar 300 juta pengguna. - Agensi
Topic Berkaitan
#hotel
#India
#laman sosial
#maut
#polis
#Tik Tok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan