Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Thailand buka semula panggung wayang, pantai kepada umum

Thailand buka semula panggung wayang, pantai kepada umum
Pantai Pattaya ditutup bulan lalu bersama enam pantai lain, sebagai langkah untuk mengurangkan penyebaran COVID-19. - Unsplash
BANGKOK: Thailand terus melonggarkan sekatan perintah berkurung pada Isnin selepas data rasmi Kementerian Kesihatan menunjukkan tiada peningkatan jangkitan baharu kes COVID-19.

Rakyat Negara Gajah Putih itu kini boleh kembali ke pusat gimnasium, kompleks sukan selain melakukan urutan tradisional serta menonton wayang.
The Major Cineplex Group yang menutup operasi di Bangkok sejak pertegahan Mac kini kembali membuka tirai kepada pengunjung meskipun hanya tujuh daripada 15 layar dibuka yang menayangkan tiga tayangan sehari.

Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, pelanggan harus mematuhi langkah-langkah kebersihan yang ketat dan penjarakan sosial.
Penonton dibenarkan duduk bersama tetapi mesti ada jurang dua tempat duduk di antara satu sama lain dan perlu mengosongkan keseluruhan barisan tempat duduk hadapan, secara berselang.

Pada Isnin juga, salah satu pantai terkenal di Pattaya dibuka semula.

Pantai itu ditutup bulan lalu bersama enam pantai lain, sebagai langkah untuk mengurangkan penyebaran COVID-19.

Data Johns Hopkins University mendedahkan, sehingga Isnin, Thailand  melaporkan 3,082 kes dengan hanya 60 dari mereka yang masih aktif.


Tag: Thailand, COVID-19, perintah berkurung, kementerian kesihatan, jangkitan, wayang, gimnasium, urut tradisional



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.